Berlian rekaan eksklusif
KUMPULAN Habib Jewels (Habib) menawarkan diskaun sehingga 70 peratus untuk barang kemas berlian dan batu permata serta potongan RM10 sehingga RM25 segram untuk barang emas 916 dan 999 sempena Pesta Berlian Habib 2018.
Bertemakan Anggun Mempesona, Habib juga memperkenalkan koleksi berlian terkini dengan rekaan eksklusif sepanjang berlangsungnya kempen itu.
Pengurus Besarnya, Mohamad Zaruddin Mahmud berkata, promosi Grand Finale Pesta Berlian Habib diadakan selama lima hari bermula 27 April sehingga 1 Mei 2018 membolehkan pelanggannya berpeluang untuk mendapatkan koleksi berlian pada harga yang berpatutan.
âPada kali ini, promosi Grand Finale Pesta Berlian Habib dijalankan secara besar-besaran dan Habib menampilkan rekaan yang mempesona dengan menggunakan permata yang mana setiap rekaan tersebut mempunyai keunikannya tersendiri.
âPelanggan boleh mengilhamkan legenda mereka dengan memiliki koleksi berlian Habib sepanjang April dan merealisasikan impian setiap pasangan yang mengimpikan kebahagiaan berterusan dalam perhubungan,â katanya.
Mohamad Zaruddin berkata, Grand Finale Pesta Berlian Habib adalah peluang menarik untuk memiliki koleksi berlian terbaik untuk acara yang istimewa terutamanya pada hari yang penuh bermakna.
âSepanjang kempen ini, Habib menyediakan pelbagai koleksi berlian terbaharu di semua bilik pameran dan menjalankan promosi untuk koleksi berlian dan batu permata untuk penggemar koleksi berlian oleh Habib. Koleksi pada kali ini turut menampilkan koleksi potongan berlian terbaik di dunia, Hearts On Fire yang diedarkan secara eksklusif di bilik pameran Habib yang terpilih,â katanya.
Istimewa buat pelanggan Habib, Loket emas 916 pada harga RM88 setiap hari untuk 100 pelanggan pertama setiap hari di 14 bilik pameran Habib yang terpilih.
Bagi setiap pembelian berjumlah RM3,000 ke atas dalam satu resit, pelanggan juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma sementara stok masih ada. Buat para pelanggan di Ampang Point dan di Alamanda Putrajaya, pelanggan berpeluang untuk memiliki loket emas putih pada harga RM98 setiap satu dalam satu resit.
Sejak 19 tahun Habib mempromosikan bulan kelahiran berlian dan mempunyai konsep yang berbeza-beza memberi maksud yang sama dalam mendalami kisah cinta bersama kilauan berlian.
Habib adalah jenama barang kemas tempatan yang memiliki koleksi berlian bertaraf antarabangsa dan koleksi berlian bersijil daripada GIA.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment