MyPPP kecewa dipinggirkan

Thursday, April 5, 2018

MyPPP kecewa dipinggirkan

MyPPP kecewa dipinggirkan

GOPENG - MyPPP Perak kecewa apabila satu-satunya kerusi Dun iaitu di Pasir Bedamar yang ditandingi parti itu pada PRU13 lalu diserahkan kepada parti komponen lain.

Pengerusi MyPPP Negeri, Ong Chee Keng berkata, berdasarkan laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina menyatakan kerusi itu bakal diambil alih MCA sebagai pertukaran Dun Sungkai yang diserahkan kepada MIC.

Menurutnya, tindakan ‘pengumuman awal’ secara terbuka itu sedikit mengejutkan ahli parti terbabit hingga timbul kekeliruan ‘petunjuk’ kerusi yang bakal ditandingi pada PRU14 nanti.

“Kami berasa agak terkilan apabila MyPPP dikecualikan dari sebarang mesyuarat serta perbincangan agihan kerusi dan sekarang kerusi Dun Pasir Bedamar hilang begitu sahaja.

“Untuk waktu terdekat, kami berharap diadakan satu pertemuan bersama MCA dan BN berhubung isu ini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat tergempar di Pejabat MyPPP Negeri, sebentar tadi.

Beliau berkata, dalam tempoh lebih tiga tahun ini, MyPPP aktif menjalankan kerja-kerja parti di beberapa kawasan lain antaranya Teja dan Buntong.

“Sekiranya kami tidak dapat mana-mana kerusi ideal, kita minta Pasir Bedamar dipulangkan semula kepada MyPPP,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment