Mayat terapung bawah jambatan

Friday, April 6, 2018

Mayat terapung bawah jambatan

Mayat terapung bawah jambatan

SUNGAI CHOH: Mayat seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditemui orang awam terapung dan tersangkut pada tiang paip besar di bawah jambatan Kampung Koskan, di sini kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Mayat itu ditemui kaki pancing dalam keadaan terlungkup dan kembung.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Ihsan Ibu, Ab Wahab Shaari, berkata keadaan mayat itu tidak berbaju dan memakai jeans biru.

"Budak kampung nak memancing di situ tapi nampak ada objek berwarna hitam putih.

"Bila didekati nampak jelas bentuk badan manusia yang sudah kembung dan berbau," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurut Ab Wahab, mangsa berkemungkinan terjatuh dari kawasan lain sebelum dihanyutkan arus ke lokasi berkenaan.

Difahamkan, mangsa dipercayai sudah mati sejak tiga hari lalu berdasarkan bentuk fizikal yang dipenuhi ulat.

Ketika ini, difahamkan polis masih menunggu bantuan bomba untuk membawa naik mayat berkenaan untuk dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Pai, berkata pihaknya sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment