Dun Melaka bubar esok

Friday, April 6, 2018

Dun Melaka bubar esok

Dun Melaka bubar esok

BANDARAYA MELAKA -  Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron semalam mengumumkan pembubaran Dun Melaka yang berkuat kuasa esok bagi membolehkan PRU14 diadakan.

Pembubaran itu selepas Idris mengadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Seri Negeri di sini pada jam 4 petang tadi bagi menyerahkan notis pengisytiharan pembubaran Dun.

Menurutnya, pembubaran tersebut mengikut Fasal (2) Perkara 19, Perlembagaan Negeri Melaka.

“Pejabat Ketua Menteri telah menerima surat rasmi daripada pejabat Perdana Menteri pada hari ini berhubung pembubaran Dun.

“Perisytiharan pembubaran akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri Melaka untuk tindakan selanjutnya esok pada jam 9 pagi di Seri Bendahara,” katanya selepas mengadakan sidang media di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Dun Melaka yang terbubar esok mempunyai 28 kawasan Dun dan enam kawasan Parlimen.

Pada pilihan raya umum lepas, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 21 kerusi Dun, manakala DAP memperoleh enam kerusi dan Pas satu kerusi .

Bagaimanapun pada Februari tahun lepas tiga Anggota Dun DAP iaitu Adun Duyong Goh Leong San, Adun Bachang Lim Jak Wong, dan Adun Kesidang Chin Choong Seong bertindak keluar parti bagi menjadi calon bebas.

BN memenangi empat kerusi Parlimen, PKR satu kerusi dan DAP satu kerusi namun Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him daripada DAP bertindak keluar parti dan menjadi Anggota Parlimen Bebas juga pada Februari tahun lepas.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment