Masalah penduduk didengari
BATU PAHAT - Sistem saliran dan perparitan tidak sempurna yang dihadapi lebih 100 penduduk dan peniaga di Taman Hajjat, Parit Bilal dan sekitarnya didengari apabila Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) meneliti dan mengambil tindakan segera.
Peniaga, Ah Wat, 41, yang berniaga lebih 10 tahun di taman berkenaan mengakui masalah berlaku sejak 2012 lagi, namun semakin teruk dua tahun kebelakangan ini.
Katanya, dia berharap pihak berkenaan terutama PBT bertindak segera demi keselesaan penduduk dan peniaga.
âSebelum ini kami ajukan masalah ini kepada wakil rakyat di sini, tetapi tiada tindakan penyelesaian dilakukan oleh mereka, malah masalah yang timbul ini menjadi semakin teruk.
âLebih membimbangkan ada sebahagian longkang runtuh dan mengakibatkan longkang yang ada tersumbat dan mengganggu saliran air tidak dapat mengalir ke parit berhampiran.
âKami bimbang longkang tersumbat boleh memberi risiko kepada kami. Selain keselamatan, kami juga bimbang jadi tempat pembiakan aedes,â katanya ketika ditemui.
Dalam pada itu, pihak MPBP melalui Ketua Whipnya, Zaidi Japar dan Ketua Biro Kebajikan Umno Bahagian Batu Pahat, Mohd Hamidi Mad Tap melawat kawasan berkenaan untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi.
Menurut Zaidi, MPBP akan meneliti masalah ini dan ianya akan cuba diselesaikan dengan kadar segera bagi memastikan penduduk di taman perumahan yang telah berusia 40 tahun ini mendapat keselesaan.
âKami tahu taman perumahan ini merupakan taman yang telah lama wujud, malah ia taman perumahan yang pertama di Parit Bilal ini seharusnya ia memerlukan penyelenggaraan tertentu.
âSaya akan berbincang dalam satu mesyuarat dengan Yang Dipertua (YDP) MPBP nanti dan saya yakin keputusan yang positif akan diperolehi dalam masa terdekat,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment