Perdana Menteri berkata, manifesto tersebut akan membuktikan komitmen BN untuk meneruskan agenda pembangunan di Sarawak dan Sabah untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Manifesto BN yang akan dilancarkan pada 7 April ini ada beberapa perkara khusus untuk Sarawak dan Sabah," katanya ketika merasmikan majlis penutupan seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat peringkat Negeri Sarawak 2018 (Bahagian Miri,Bintulu dan Limbang) di sini hari ini.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, komitmen terhadap program pembangunan di Sarawak dibuktikan dengan 60 siri lawatan ke 160 tempat di Sarawak sepanjang sembilan tahun menjadi perdana menteri.
"Sepanjang melakukan tinjauan mesra, sebanyak RM4.3 bilion telah diperuntukkan untuk pelbagai projek di Sarawak," katanya. - BERNAMA
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment