KR1M dijamin tidak terlibat dengan kartel

Tuesday, April 3, 2018

KR1M dijamin tidak terlibat dengan kartel


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, bagi KR1M, kerajaan akan berurusan secara langsung dengan pembekal.

Katanya, mereka yang terlibat dengan kartel akan didakwa menerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Mycc).

“Setakat ini, KR1M tidak terlibat dengan kartel dan hal itu akan dipertahankan. Kita akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan kartel.

“Baru-baru ini, ada beberapa syarikat termasuk kedai roti dan persatuan bakeri ditahan kerana menjadi menjadi kartel,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Business Luncheon KR1M 2.0 di Menara Perbadanan Na-sional Bhd. (PNS) di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Pengerusi PNS, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Pengarah Urusannya, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment