Kompleks Silat Negara bakal dibina

Sunday, April 1, 2018

Kompleks Silat Negara bakal dibina


Perdana Menteri berkata, pembinaan kompleks tersebut adalah amat wajar dilaksanakan bagi perlambangan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara.

“Martabat silat mesti kita julang dan tidak boleh hanya dengan sebutan sahaja tetapi hendaklah menerusi perlambangan juga.

“Saya bagi pihak kerajaan bersetuju untuk menyumbang kepada pembinaan Kompleks Silat Negara yang mana lokasinya akan ditentu dan dirundingkan kemudian,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis Himpunan Raksasa Guru-Guru Silat Negara 2018 anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) di Lapangan Tanah Gombak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd. Ali Rustam dan Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Dalam pada itu, tambah Najib, kerajaan juga meluluskan geran tahunan kepada Pesaka sebagai menampung pelaksanaan aktiviti dan kegiatan persilatan negara. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment