Kilang sabun curi elektrik

Thursday, April 5, 2018

Kilang sabun curi elektrik



MAHKAMAH Sesyen Johor Bahru, hari ini membenarkan tuntutan bil terkurang caj Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM560,244.12 terhadap syarikat Edo Chemical Sdn Bhd berikutan pengusikan pepasangan meter TNB di kilang berkenaan.

Hakim Sabariah Atan membenarkan tuntutan plaintif terhadap defendan dengan kos mengikut skala dan faedah lima peratus setahun dikira daripada tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh.

Dalam penghakiman itu, TNB berjaya membuktikan terdapat dawai halus digunakan sebagai pintasan di S1 dan S2 terminal alat ubah arus (CT) pada fasa merah dan biru.

Pengusikan itu didapati pada pepasangan meter elektrik di kilang membuat dan menjual sabun yang terletak di PLO 576, Jalan Keluli 9, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.

TNB diwakili peguam Mohamad Zaki Abdul Shukor dari Tetuan Othman Hashim & Co mengemukakan writ saman terhadap kilang itu pada 31 Oktober 2013. Defendan pula diwakili peguam Ahmad Syafiq Mohd Ghazali dari Tetuan Raziyan Rahim & Associates.

TNB memanggil tiga saksi untuk memberi keterangan, manakala defendan mengemukakan dua saksi sepanjang perbicaraan berlangsung.

Perbicaraan semula kes atas isu kuantum itu berlangsung sehari pada 28 Februari lalu.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment