Kes Ijok: Dua ditahan, direman 4 hari

Friday, April 6, 2018

Kes Ijok: Dua ditahan, direman 4 hari

Kes Ijok: Dua ditahan, direman 4 hari

PUTRAJAYA - Dua lelaki yang disyaki menerima rasuah berhubung Jawatakuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Utama di bawah Projek Rancangan Revolusi Hijau II & III Bukit Cherakah direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Atiqah Abu Hasan di sini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek itu sehingga 9 April ini.

Kedua-dua individu itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

Menurut sumber SPRM,  mereka disyaki menerima suapan daripada syarikat perunding pampasan sebagai balasan untuk tidak melindungi kepentingan peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok.

Sebelum ini, seramai tujuh individu termasuk tiga lelaki bergelar ‘Datuk’ telah direman bagi membantu siasatan SPRM berkaitan kes berkenaan. - Bernama
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment