Intai peluang ke IPT

Sunday, April 1, 2018

Intai peluang ke IPT

Intai peluang ke IPT

IPOH - Orang ramai khususnya mereka yang ingin menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi di negara ini boleh mendapatkan maklumat berkaitan sempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018 Zon Perak yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Aman Jaya, di sini pada 7 dan 8 April ini.

Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ungku Omar, Muhammad Zubir Mohamad Hanifah, program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu dilaksanakan di seluruh negara dan zon mulai 27 Januari lalu serta akan berakhir pada 8 April 2018.  

Menurutnya, beberapa IPTA termasuk Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti telah dilantik selaku penganjur program itu di setiap negeri.  

“Bagi Zon Perak Politeknik Ungku Omar telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan program KPTN 2018 yang akan berlangsung selama dua hari ini.

“KPTN 2018 bertujuan memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat terperinci berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh universiti awam, politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran (ILKA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan institusi lain di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, karnival itu juga menyediakan pelbagai aktiviti lain sebagai pengisian termasuk kehadiran Ikon Belia Negara, Konsultasi UPU Online, Sudut Penajaan, Pameran Sains dan Inovasi, ceramah dan taklimat kerjaya daripada wakil-wakil IPTA dan IPTS yang terlibat serta derma darah.

Katanya, pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi disarankan hadir ke program itu bagi mendapatkan maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT di negara ini termasuk program yang ditawarkan mengikut kesesuaian kelayakan akademik pelajar.  

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan KPTN 2018 Zon Perak dengan melayari Facebook KPTN Perak 2018 dan Facebook Politeknik Ungku Omar.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment