Berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan di salah sebuah universiti swasta di Shah Alam tahun ini, penyanyi muda Aiman Tino dalam masa yang sama turut bersetuju dengan pendapat Ismail Izaani yang menyatakan bahawa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah penentu kejayaan seseorang.

BACA: Isu Ditampar, Aiman Tino Nafi Lapor Polis


“Saya akui SPM memang penting, terutamanya apabila kita nak melanjutkan pelajar ke peringkat lebih tinggi tetapi ia bukanlah kayu ukur atau penentu kejayaan dalam hidup seseorang selepas itu”


“Saya melihat contoh di depan mata di mana ada kalangan kawan-kawan saya tidak mempunyai SPM tetapi berjaya dalam kerjaya dan kehidupan masing-masing. Bagi saya, apa yang penting di sini adalah usaha atau tahap kerajinan kita nak majukan diri dengan cara yang bagaimana,” katanya kepada Astro Awani.