Hanya bincang persediaan BN hadapi pilihan raya
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai mempengerusikan mesyuarat tertutup bersama pemimpin komponen BN di Menara Datuk Onn.
Mesyuarat yang bermula sekitar jam 8.30 malam dan berakhir pada 11 malam itu difahamkan hanya membincangkan persediaan BN menghadapi PRU14.
Najib keluar sekadar mengucapkan selamat malam kepada pemberita yang menunggu di lobi.
Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ketika ditemui memberitahu, mesyuarat itu langsung tidak menyentuh soal pembahagian kerusi.
âKita berbincang dengan semua komponen BN berhubung manifesto, pembahagian kerusi langsung tak sentuh,â katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil memaklumkan, beliau hanya mengemukakan syor berkenaan manifesto wanita kepada Perdana Menteri.
âSaya cuma kemukakan manifesto wanita kepada Perdana Menteri.
âHarap manifesto kami diterima sebab (kami) turun ke akar umbi tahu apa wanita mahu,â ujarnya.
Turut ditemui, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam menyatakan perbincangan malam ini melibatkan rundingan semua perkara persediaan menghadapi pilihan raya, cuma pembahagian kerusi belum bincang.
âKita bincang semua benda persediaan pilihan raya cuma pembahagian kerusi belum bincang,â katanya.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim bagaimanapun enggan mengulas kerana sudah mengangkat sumpah.
âTak boleh cakap, dah angkat sumpah tadi,â tegasnya.
Reaksi bersahaja Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika melangkah keluar daripada Bangunan Datuk Onn hanya memberi tanda bagus.
âTerbaik,â katanya.
Pertemuan komponen BN malam ini mengesahkan teka-teki tarikh PRU14 semakin hampir.
Sabtu ini, BN akan melancarkan manifesto di Stadium Putra, Bukit Jalil.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment