Bagi penggermar gajet, semestinya anda ternanti-nantikan keluaran telefon pintar terbaru, Huawei P20 dan P20 PRO. Demi merealisasikan impian peminat jenama Huawei ini, Digi turut mengambil peluang melancarkan plan terbaru mereka bertempat di AirRider Indoor Skydiving One Utama.

Majlis pelancaran yang julung kalinya diadakan ini memukau mata kami, apabila lokasi yang dipilih menarik perhatian bukan sahaja peminat gajet malah pengunjung di situ turut singgah melihat kemeriahan majlis ini.

Buktinya, seawal jam 10 pagi, sudah ramai yang membanjiri lokasi ini dan ingin merasai sendiri detik pelancaran plan terbaru Digi di udara. Rata-rata pengunjung yang hadir tidak sabar menjadi ‘Superman’ sewaktu majlis perlancaran ini berlangsung.

Pemilihan lokasi ini juga sebenarnya sinonim dengan plan terbaru rangkaian Digi yang menawarkan pakej jelajah ke seluruh negara tanpa had. Kami juga berpeluang merasai sendiri terbang di atas tekanan udara yang tinggi sambil menikmati kecanggihan telefon pintar Huawei P20 dan P20 PRO.

Bukan sahaja menampilkan kecanggihan Huawei P20 dan P20 PRO dengan plan terbaru Digi, anda juga boleh mendapatkan telefon pintar tersebut dengan harga serendah RM40 di mana-mana pusat rangkaian Digi seluruh Malaysia mulai hari ini.

Dengan plan Digi yang disertakan bersama telefon pintar Huawei P20 dan P20 PRO, anda juga boleh menikmati 120GB pelan internet dan juga panggilan percuma melalui plan terbaru Digi ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk merantau ke 10 buah negara termaksuklah Australia, Brunei, China, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Philippines, Singapore, Taiwan and Thailand tanpa kadar bayaran roaming.

Buat penggemar gajet ini, jangan lepaskan peluang memiliki telefon yang penuh gaya dan merantaulah tanpa had dengan plan rangkaian Digi secara percuma. #HuaweiP20 #DigiLetsInspire

Untuk pengetahuan anda, produk terbaru Huawei pada kali ini menawarkan pelbagai ciri baru termasuk teknologi terbaru pada kamera, selain beterinya yang tahan lama. Jadi kepada anda yang ingin mendapatkan telefon pintar ini bersama plan terbaru Digi bolehlah layari laman web Digi.