Manifesto pembangkang ciplak usaha kerajaan Johor - MB

Friday, April 6, 2018

Manifesto pembangkang ciplak usaha kerajaan Johor - MB

Manifesto pembangkang ciplak usaha kerajaan Johor - MB

PASIR GUDANG: Sebahagian daripada 20 janji dalam Manifesto Pakatan Harapan untuk Johor diumumkan malam tadi, hanya menciplak usaha yang sudah dan sedang dilaksanakan kerajaan negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata jika pembangkang ada membuat kajian, mereka tidak akan mengemukakan perkara yang sudah dan sedang kerajaan negeri jalankan.

Beliau berkata, itulah kesannya apabila pembangkang meletakkan pemimpin nomad di Johor sehingga tidak memahami kedudukan pembangunan di negeri ini.

"Inilah kesannya apabila pemimpin (pembangkang) yang datang ke Johor ialah pemimpin nomad. Dia tidak menepati kedudukan Johor hari ini kerana sebahagian dikemukakan dalam manifesto (pembangkang) adalah ciplak dan sememangnya kerajaan negeri sedang buat.

"Masalah manifesto pembangkang ini dibuat oleh orang yang tidak memahami Johor, tidak melihat perubahan berlaku di Johor, dan tidak mengambil tahu perkembangan serta kedudukan semasa Johor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan majlis pecah tanah 620 Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Kampung Seri Makmur, Plentong di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, manifesto pembangkang juga tidak menyeluruh apabila tiada meletakkan komitmen terhadap wanita, Orang Asli dan kawasan FELDA di Johor.

Malam tadi, pakatan pembangkang mengumumkan dua manifesto untuk rakyat Johor, iaitu masing-masing 10 janji bagi tempoh lima tahun dan 100 hari selepas diberikan mandat membentuk kerajaan negeri.

Antara 10 janji bagi tempoh lima tahun ialah mengembalikan biasiswa Kerajaan Johor, mewujudkan Universiti Johor, menyediakan 200,000 peluang pekerjaan, membina 100,000 unit RMMJ, melaksanakan Skim Sewa-Beli RMMJ, dan menyediakan tapak bagi sekolah agama persendirian, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina serta SJK Tamil.

Bagi tempoh 100 hari pula, antara janji ditawarkan ialah jawatan Menteri Besar bagi tempoh dua penggal maksimum, tender terbuka untuk semua kontrak kerajaan negeri dan air percuma kepada golongan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40).



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment