700 tempat tambahan pelajar India

Friday, April 6, 2018

700 tempat tambahan pelajar India

700 tempat tambahan pelajar India

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Kabinet meluluskan sebanyak 700 tempat tambahan kepada pelajar India untuk mengikuti pengajian di Kolej Matrikulasi bermula sesi pengajian tahun ini.

Perdana Menteri berkata, ini sejajar usaha kerajaan mencapai dasar tujuh peratus pelajar kaum itu melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA).

Katanya, dasar meritokrasi diperkenalkan bekas Perdana Menteri yang mentadbir selama 22 tahun menghalang sasaran berkenaan.

"Kita akan memastikan sasaran seramai tujuh hingga 7.5 peratus pelajar India melanjutkan pengajian ke UA tercapai, selepas terhalang selama 22 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skim Pelaburan Khas Masyarakat India B40, di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment