Baru-baru ini, timbul perasaan marah peminat wanita terhadap Ismail Izzani kerana didakwa curang terhadap kekasih sendiri sebanyak enam kali. Jarang-jarang lelaki mampu curang sebanyak itu. Bagaimanapun episod drama di laman sosial ini sudah pun berakhir.

BACA: Kekasih Dakwa Ismail Izzani Curang 6 Kali?


Jika anda merasakan bahawa kisah percintaan berakhir mereka dengan pendedahan yang lebih mendalam serta perbalahan yang berlanjutan, anda silap kerana bekas kekasih memaafkan Ismail dengan cukup tenang. Apa lagi Ismail, keluar album cepat – lepas putus cinta lagu mesti laku.


Secara ringkasnya, Ismail melalui laman Twitter mengakui kesilapannya selain menyatakan apa yang terjadi adalah sebagai satu pengajaran baginya selain mahu fokus kepada kerjaya selepas ini.



Sementara itu, buat bekas kekasihnya, dia memaafkan Ismail selain menjelaskan bahawa setiap insan tidak sepatutnya menjadi mangsa curang pasangan.

Apa yang pasti, ini merupakan pengajaran buat kalangan selebriti baru kini yang semakin ramai menghiasi dunia seni tanah air. Jangan sebab kisah peribadi, orang benci dan kemudiannya sampai tidak mampu untuk sara diri sendiri. (rtky/s)