Ada potensi rampas Dun Sungkai
SLIM RIVER - Kerusi Dun Sungkai mempunyai potensi untuk dirampas daripada pihak pembangkang dan dipulangkan ke pangkuan BN Bahagian Tanjung Malim pada PRU14 yang akan datang.
Pengerusi BN Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib berkata, pihaknya mengambil pendekatan sikap tidak terlampau yakin (over confident) untuk merampas Dun Sungkai pada pilihanraya kali ini.
Sebaliknya, beliau percaya dengan perubahan sikap pengundi pada PRU14 yang akan datang mampu mengembalikan Dun Sungkai ke pangkuan BN.
âWalaupun Dun Sungkai boleh dianggap sebagai kubu DAP, saya percaya dengan perubahan sikap terutamanya pengundi Cina menjadi faktor membawa kejutan pada kali ini.
âKerusi Dun Sungkai, BN hanya kalah dua penggal sahaja iaitu pada tahun 2008 dan 2013.
Sebelum itu kawasan ini berada di dalam kawasan BN di mana ia merupakan kerusi tradisi MIC dan telah kalah sekali pada PRU 2008 manakala pada tahun 2013 kita letak calon MCA namun kalah,â katanya.
Mohd Khusairi berkata, pada PRU kali ini, ada kebarangkalian parti MIC akan kembali bertanding di kerusi Dun Sungkai.
Katanya, pihaknya berharap para pengundi Dun Sungkai dapat memberikan sokongan kepada calon BN supaya pembangunan dapat dibawa terus oleh wakil rakyat parti itu.
Menurutnya, Dun Sungkai merupakan kerusi tradisi MIC dan soal calon beliau meletakkan kepada pucuk kepimpinan untuk meletakkan calon yang paling layak bagi kawasan itu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment