Untungnya siapa sekarang ini yang berkesempatan pergi ke Korea Selatan. Sebab apa untung? Sebab sekarang tengah musim bunga. Cuba bayangkan betapa cantiknya pemandangan di sana. Kemudian ditambah lagi dengan cuaca dingin, memang tak mahu balik tanah air rasanya.

Namun bagi anda yang belum pernah menjejakkan kaki di Korea ketika musim bunga, kami kongsikan beberapa tips yang sangat membantu anda ketika berada di sana.

1. Pakaian Yang Sesuai

Pakaian yang sesuai merupakan kunci utama dalam memastikan perjalanan anda sentiasa selesa. Maklumlah kadang-kadang bila sudah sejuk sangat, mulalah mahu berhenti di setiap lokasi bagi memanaskan badan. Pastikan pakaian yang anda beli nanti mudah hangat dan juga ringan sekaligus memudahkan pergerakan anda.

2. Kaji Lokasi & Jarak Perjalanan

Ini adalah perkara asas sebelum anda pergi travel ke mana-mana pun. Ketika berada di tanah air pun sudah boleh rangka perjalanan dan lokasi di mana anda ingin lawati. Jika ikut travel agensi, mungkin sudah disiapkan tapi jika pergi dengan bersendirian, adalah lebih baik anda mengetahui dengan lebih lanjut tentang lokasi yang anda ingin tujui.

3. Kasut Sangat Penting

Jangan berjenaka ingin travel dengan hanya berselipar di Korea ketika musim bunga. Memang tidak sesuai langsung. Kami sarankan anda untuk beli kasut yang mempunyai tapak yang selesa. Kebiasannya ketika travel, kita akan banyak berjalan dan keadaan tapak kaki yang terjaga akan membuatkan anda kurang penat.

4. Kamera

Baju pun sudah sesuai, kasut pun memang terjamin selesa, jadi janganlah terlupa untuk membawa kamera untuk bergambar. Jika anda yang suka ambil video ketika travel, ada baiknya dapatkan video kamera kecil yang sangat mudah untuk didapatkan di mana-mana kedai kamera ini. Sekurang-kurangnya ia tidak berat dan mudah dibawa ke mana-mana.

5. Elakkan Muka Kering

Ini satu perkara yang sangat penting ketika berkunjung ke negara beriklim sejuk. Penjagaan wajah seharusnya diberi keutamaan. Serius, bagi siapa yang pernah pergi ke luar negara ketika musim sejuk, wajah pastinya akan lebih cepat kering.

Kini di Watsons terdapat pelbagai set Collagen by Watsons White Regeneration yang bukan saja menjaga wajah anda malah membuatkan tona wajah anda kelihatan lebih cerah. Lebih menarik lagi, harga yang ditawarkan juga adalah mampu milik.

Selain itu, produk penjagaan wajah buatan Korea ini juga telah berjaya menambat hati 95% pengguna. Mana tidaknya, wajah anda bukan saja semakin cerah malah turut mulus umpama gadis Korea.

Tak payah susah-susah untuk ke Korea untuk dapatkan sebab anda boleh dapatkan Collagen by Watsons ini di seluruh Watsons berhampiran anda. Jika anda tidak mahu ketinggalan sebarang kemaskini dan promosi terbaru Watsons, terus ke laman web rasmi mereka, www.watsons.com.my.