Wakil pencadang calon Pas meninggal dunia
TEMERLOH - Wakil pencadang kepada Pas Dun Lanchang meninggal dunia selepas terjatuh ketika menghadiri mesyuarat pengurusan pilihan raya di Bilik Mesyuarat Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), petang tadi.
Nor Azizi Che Soh, 58, yang tinggal di Taman Saga Indah, Mentakab, meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang.
Calon Pas Dun Lanchang, Hassan Omar, 56, berkata, beliau dimaklumkan doktor bahawa Allahyarham meninggal dunia selepas jatuh.
Menurutnya, dia menerima panggilan tersebut berhubung kejadian itu oleh wakil parti dan terkejut kerana baru bertemu di Dewan Tun Razak Temerloh sempena penamaan calon pagi tadi.
âMemang saya rasa terkejut dan sedih kerana sudah lama mengenali Allahyarham. Kehilangannya amat dirasai dan beliau pun adalah wakil pencadang saya.
âWalau apa-apa pun segalanya harus diteruskan dan ia adalah ketentuan takdir Ilahi,â katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Saga Indah, di sini, malam ini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment