[VIDEO] Rumah panjang terbakar, lebih 50 penduduk hilang kediaman

Thursday, April 5, 2018

[VIDEO] Rumah panjang terbakar, lebih 50 penduduk hilang kediaman


Kebakaran kira-kira pukul 11.15 malam itu telah memusnahkan 19 daripada 30 pintu rumah panjang berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.30 malam.

Menurutnya, sejurus menerima maklumat kejadian, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi diarahkan ke lokasi untuk operasi pemadaman.

“Buat masa ini, pasukan bomba masih dalam perjalanan ke lokasi kejadian yang mengambil masa kira-kira 10 jam perjalanan menggunakan jalan balak,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Ling Hii menambah, setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian tersebut masih belum diketahui. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment