Tiga buah tangan PM
SLIM RIVER - Tiga buah tangan istimewa diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat negeri ini khususnya di daerah Muallim diharap mampu mengurangkan kadar penghijrahan kira-kira dua juta rakyat negeri ini pada tahun ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, buah tangan itu tertumpu kepada terutama golongan muda yang berhijrah ke ibu kota untuk mencari peluang pekerjaan dan bekerja pada masa depan.
Katanya, pada tahun lalu dianggarkan kira-kira 1.4 juta rakyat negeri ini berulang alik ke ibu kota untuk bekerja dalam pelbagai sektor bagi menampung kehidupan.
Menurutnya, antaranya pembinaan kilang Kluster Proton di Tanjung Malim yang menyediakan kira-kira 50,000 peluang pekerjaan terutama kepada golongan muda yang berminat dalam sektor automatif.
âPengiktirafan Tanjung Malim sebagai Bandar Belia 1Malaysia di mana menerusi program ini kira-kira 500 rumah mampu milik dengan subsidi kerajaan akan dibina kepada golongan belia untuk memiliki rumah pertama.
âAkhir sekali, pembinaan Institut Latihan Teknikal Dan Vokasional dalam bidang automatif akan menampung pekerjaan kepada pembinaan kilang elektronik yang dibina sebagai pemangkin kepada kilang Proton yang baru yang menggunakan teknologi serba canggih,â katanya.
Beliau berkata demikan ketika Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) cawangan Muallim di Banggunan Arked Niaga,semalam.
Ka Chuan berkata, pembangunan yang bakal pesat di Tanjung Malim pasti memberi peluang pekerjaan bukan setakat kepada penduduk daerah dan negeri ini tetapi seluruh negara.
âTiga hadiah ini berjaya dijalankan di sini akan sediakan kira-kira 100,000 peluang pekerjaan dalam sektor automatif dan kilang pembuatan alat ganti elektronik untuk kilang Proton,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment