Pemandu lori parah terbabit kemalangan

Sunday, April 8, 2018

Pemandu lori parah terbabit kemalangan

Pemandu lori parah terbabit kemalangan

HULU BERNAM: Seorang pemandu lori parah selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori kargo di Kilometer 402.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh berdekatan susur keluar Plaza Tol Tanjung Malim di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa, Mohamed Azham Ismail Fathi, 49, patah kaki kiri akibat tersepit di tempat duduk pemandu selepas lori dipandu melanggar belakang lori kargo terbabit dan mangsa terpaksa menahan kesakitan lebih setengah jam sebelum dikeluarkan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie, berkata seramai 12 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 2.54 pagi.

"Operasi turut dibantu anggota dari BBP Tanjung Malim yang tiba di lokasi kejadian jam 3.12 pagi. Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dalam masa 15 minit sebelum dibawa ke Hospital Slim River, Perak untuk rawatan lanjut," katanya.

Rosdi berkata, anggota bomba turut membuat pemantauan bagi memastikan tiada mangsa lain terbabit dalam kemalangan itu, dalam operasi yang tamat jam 3.44 pagi selepas keadaan disahkan selamat.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment