Tiada permohonan rasmi PPBM untuk rayu keputusan ROS

Saturday, April 7, 2018

Tiada permohonan rasmi PPBM untuk rayu keputusan ROS


Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau mendapat maklumat mengenai rayuan yang akan dibuat PPBM itu namun tidak menerima sebarang dokumen setakat ini.


“Saya ada baca mengenainya (rayuan oleh PPBM) dalam laporan media, tetapi sehingga kini tidak ada permohonan rasmi daripada mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Semalam, Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, parti itu akan mengemukakan rayuan kepada KDN berhubung tindakan notis daripada ROS yang berkenaan yang berkuat kuasa Khamis lalu.


Dr. Mahathir mendakwa, pihaknya berhak berbuat demikian berikutan notis berkenaan tidak sampai kepada pihaknya secara rasmi.


Dr. Mahathir berkata, pihaknya juga akan memfailkan tindakan undang-undang sekiranya Ahmad Zahid yang enggan membantu menyelesaikan masalah terbabit.


Khamis lalu, ROS mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap PPBM, berdasarkan notis mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 dan memperuntukkan tempoh 30 hari untuk menghantar dokumen diperlukan sebelum pendaftaran parti itu dibatalkan. – UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment