Sukan Komanwel XXIAzizulhasni tarik diri acara pecut

Thursday, April 5, 2018

Sukan Komanwel XXIAzizulhasni tarik diri acara pecut


Keputusan menarik diri dalam acara pecut itu disahkan oleh jurulatih trek negara, John Beasley.

Bagaimanapun, katanya, pelumba berusia 30 tahun dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' boleh melakukan kejutan sekiranya layak ke final acara keirin, di sini esok.

Beliau berkata, Azizulhasni terpaksa menarik diri daripada acara pecut selepas diserang jangkitan virus buat kali kedua pada paru-parunya.

Dalam acara keirin esok, kata Beasley, beliau berharap bekas juara dunia keirin itu akan mendapat laluan mudah pada peringkat awal dan sekiranya layak ke pusingan final beliau belum tahu kemampuan sebenarnya.

"Saya hanya mahu beliau sembuh semula... oleh itu kami tidak mahu beliau menyertai banyak perlumbaan di sini," kata Beasley kepada pemberita di Velodrom Anna Mearas, di sini hari ini. - BERNAMA



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment