SPR terima watikah bubar DUN Kelantan

Sunday, April 8, 2018

SPR terima watikah bubar DUN Kelantan

SPR terima watikah bubar DUN Kelantan

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan mengesahkan sudah menerima watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Kelantan dari pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri.

Pengarah SPR negeri, Fakhrul Razi Ab Wahab, berkata pemakluman itu yang ditandatangani Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, diserahkan kepada pejabat SPR negeri, semalam.

"Pemakluman itu diserahkan oleh setiausaha kepada Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kob, kira-kira jam 3 petang semalam," katanya ketika ditemui selepas taklimat penyelarasan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), di sini, hari ini.

Seramai 50 pengurus pilihan raya terbabit dalam taklimat itu, yang diadakan di Balai Islam, dekat sini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubarkan berkuatkuasa semalam.

Katanya, pembubaran itu dilakukan selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan.

Dalam PRU-13, PAS menang 32 kerusi, Barisan Nasional (BN) 12 dan PKR menang satu kerusi.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment