Manifesto BN Selangor realistik demi kesejahteraan rakyat

Sunday, April 8, 2018

Manifesto BN Selangor realistik demi kesejahteraan rakyat

Manifesto BN Selangor realistik demi kesejahteraan rakyat

SHAH ALAM - Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14), yang dilancarkan hari ini, adalah realistik bagi kesejahteraan segenap lapisan  rakyat dan menjadikan Selangor tersohor.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai  yang Pengerusi MCA Selangor, berkata manifesto 10 program yang mengandungi 100 inisiatif untuk rakyat Selangor itu membuktikan komitmen BN dalam membela dan menjaga kebajikan seluruh rakyat Selangor.

Merujuk agenda utama parti dalam menyelesaikan masalah krisis bekalan air dan banjir kilat di Selangor, beliau berkata sekiranya BN Selangor dapat menawan negeri ini pada  PRU14 nanti, pastinya wujud kerjasama yang baik antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Ini akan memudahkan kerajaan negeri yang ditadbir BN menyelesaikan isu semasa negeri termasuk krisis air dan banjir, yang kerap menjadi bebanan kepada rakyat Selangor," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar hari ini.

Naib  Presiden Kanan MyPPP Datuk Seri Maglin D’Cruz pula menyifatkan bantuan pendidikan percuma untuk pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) di negeri itu sebagai satu pendekatan terbaik dalam mengurangkan bebanan ibu bapa terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah.  - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment