SPR terima pemakluman rasmi 4 DUN

Friday, April 6, 2018

SPR terima pemakluman rasmi 4 DUN


Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata pemakluman itu diterima daripada Speaker DUN masing-masing.

"Pemakluman rasmi daripada negeri-negeri lain masih belum diterima walaupun ada pembubaran di beberapa negeri yang telah dilaporkan oleh media namun kami tidak menerima secara rasmi daripada Speaker DUN Negeri masing-masing," katanya.


Bercakap pada sidang media bersempena Simulasi Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di ibu pejabat SPR di sini hari ini, Mohd Hashim berkata SPR akan menetapkan tarikh untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh penting PRU selepas menerima semua pemakluman tersebut.

"Ini termasuklah tarikh Writ dan Notis Pilihan Raya, tarikh penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya," katanya.

Mohd Hashim berkata SPR semalam telah menerima sesalinan pengisytiharan pembubaran Parlimen ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong serta surat pemakluman rasmi yang sama daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat berkuat kuasa pada hari ini. 
- BERNAMA



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment