Gabungan Sabah tanding hampir semua kerusi Parlimen

Friday, April 6, 2018

Gabungan Sabah tanding hampir semua kerusi Parlimen

Gabungan Sabah tanding hampir semua kerusi Parlimen

KOTA KINABALU: Gabungan Sabah yang disertai empat parti pembangkang tempatan mengesahkan bertanding hampir semua 25 kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Blok ketiga pembangkang itu membabitkan kerjasama di antara Parti Solidariti Tanahairku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan ketika mengesahkan perkara itu berkata, ia antara perkara dibincangkan pada mesyuarat bersama semua parti dalam Gabungan Sabah, semalam.

Beliau berkata, Gabungan Sabah juga sudah memuktamadkan pembahagian kerusi yang bakal ditandingi empat parti terbabit.

"STAR sudah bersedia menghadapi PRU-14 dan calon pun sudah dimuktamadkan. Parti dalam Gabungan juga sudah memuktamadkan pembahagian kerusi 100 peratus," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang dicanangkan menjadi parti pembangkang yang kuat untuk menentang Barisan Nasional (BN) di Sabah, Jeffrey berkata, 'cakap-cakap' itu mungkin hanya kerana persepsi dan publisiti parti terbabit.

"Tidak semestinya (WARISAN menjadi pembangkang paling kuat)... mungkin cuma dari segi publisiti dan persepsi. Bagi saya, ada tiga penjuru saingan yang hebat (di Sabah) iaitu BN, Warisan dan Gabungan Sabah," katanya.

Pada PRU-14 kali ini, WARISAN akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), manakala satu lagi blok pembangkang tempatan ialah Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) yang membentuk kerjasama dengan Pari Cinta Sabah (PCS).



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment