SPR perlu hormati mahkamah
GEORGETOWN â" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dinasihatkan supaya menghormati prosiding mahkamah dan tunggu sehingga keputusan dibuat sebelum menetapkan sebarang larangan terhadap Pakatan Harapan.
Pengerusi Biro Undang-undang Pakatan Harapan, Gobind Singh Deo berkata, ini kerana SPR telah membuat keputusan lebih awal untuk tidak membenarkan gambar Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad digunakan sebagai bahan kempen PRU14.
âSPR telah halang Pakatan Harapan daripada menggunakan gambar Tun Mahathir sebagai bahan kempen. Kita semua tahu satu tindakan telah pun difailkan di mahkamah.
âDalam tindakan tersebut, kami memohon supaya satu perintah diberikan oleh mahkamah supaya Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mendaftarkan Pakatan Harapan.
âSetakat ini kita telah pun berjaya mendapatkan kebenaran dan kes ini ditetapkan untuk mendapatkan keputusan esok (hari ini),â katanya kepada media, hari ini.
Menurutnya, timbul persoalan mengapa SPR membuat keputusan larangan penggunaan gambar Tun Mahathir pada kempen PRU14 tanpa menghiraukan keputusan mahkamah.
âPada saya, SPR seharusnya menghormati proses mahkamah dan menunggu keputusan mahkamah.
âSekiranya esok (hari ini) kami mendapat satu perintah bahawa RoS diperlukan untuk mendaftarkan Pakatan Harapan, bermakna pihak kami boleh menggunakan gambar Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri.
âSaya berpendapat tidak ada sebarang undang-undang yang membenarkan ataupun memberikan kuasa kepada pihak SPR untuk buat keputusan itu sekarang,â katanya.
Jelasnya, SPR sepatutnya menghormati dan tunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan yang dibuat SPR adalah tidak adil.
âMereka (BN) boleh guna gambar pemimpin mereka, tapi kita (Pakatan Harapan) tak boleh. Ini sangat tidak adil.
âMereka juga tidak benarkan pendaftaran logo Pakatan Harapan. Ini menunjukkan mereka sangat tidak adil dan tidak demokratik,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment