Sokong siapa saja calon BN
BAHAU - Siapa pun calon pada PRU14 ini, sokongan penuh wajar diberikan oleh pengundi asalkan mewakili BN.
Penyandang Ahli Parlimen Jempol merangkap Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad berkata, sokongan itu penting agar BN kekal menerajui kerajaan.
âTidak kisah siapa calon, sokong sahaja asalkan BN. Jangan tak jadi calon, lari.
âCalon ini pula akan menjadi wakil rakyat untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat, Jika âwakil rakyatâ itu bukan beri perkhidmatan, itu namanya wakil sendiri.
âParlimen sudah bubar di mana PRU ini penting untuk menentukan parti mana yang akan memimpin kerajaan,â katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepakat Komuniti 1 Malaysia Jom Menabung Masa Depan di Dewan Majlis Daerah Jempol, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Mejar (K) Sabarudin Yeop Hamza.
Dalam perkembangan lain, Mohd Isa berkata, pihaknya memuji usaha Komuniti 1 Malaysia Penarikan Jambu 8 dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jambu 8 menganjurkan program tersebut.
âUntuk memupuk budaya menabung, ibu bapa mesti mulakan terlebih dahulu. Kita tunjukkan amalan baik ini kepada anak anak.
âMelalui kaedah ini diyakini tidak akan timbul masalah kepada mereka untuk urus kewangan pada masa hadapan.
âJadikan baki perbelanjaan harian sebagai duit tabungan, tidak kisahlah berapa jumlahnya walaupun hanya 10 sen,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment