Semua orang bersetuju sekiranya kami katakan yang kenderaan berkonsepkan hybrid adalah merupakan kenderaan masa hadapan yang lebih mesra alam dan mengurangkan penggunaan bahan bakar yang bukan sahaja mengancam alam sekitar tetapi harga yang semakin mahal saban hari.

Namun ramai juga diluar sana yang ada persepsi negatif terhadap hybrid dengan mengatakan kenderaan dengan teknologi hybrid ini tidak berkuasa atau memberikan prestasi sebagus kenderaan menggunakan petrol 100%.


Dengan kemajuan teknologi hari ini, nampaknya persepsi anda akan berubah apabila kita bercakap tentang kereta hybrid. Pertamanya, mesti anda semua sejauh mana enjin kereta hybrid mampu memberikan sensasi pemanduan yang seronok.

Enjin Lebih Berkuasa!

Tetapi tahukah anda, enjin hybrid sekarang ini sudah mampu memberikan kuasa setanding kereta berenjin sebesar 1.8L. Ambil contoh Honda City Hybrid 1.5L dan Jazz Hybrid 1.5L yang hadir dengan teknologi Sport Hybrid i-DCD iaitu sebuah teknologi hybrid terkini.

Kedua duanya hadir dengan Motor Elektrik Berkuasa Tinggi yang mampu memberikan kuasa pemanduan setaraf enjin 1.8L namun mengekalkan ciri jimat bahan bakar.

Teknologi baru ini juga membolehkan pengguna memandu dalam tiga keadaan berbeza iaitu EV, hybrid dan enjin yang mana akan ditentukan sendiri oleh teknologi hebat dalam kenderaan ini mengikut gaya dan situasi pemanduan.

Tidak cukup kuasa anda kata? Anda boleh tekan butang Sport Mode untuk pecutan lebih jitu dan bertenaga.


Lebih Jimat Minyak!

Kereta hybrid Honda juga hadir dengan Bateri Lithium-Ion Berkuasa Tinggi yang baru direka untuk bertahan sepanjang hayat kenderaan — selain mengekalkan ciri ciri sebuah kenderaan jimat bahan bakar.

Satu pembaharuan yang kami suka tentang kereta hybrid Honda kali ini adalah penyaman udara akan tetap berjalan dan bertiup nyaman walaupun ketika anda sedang berhenti di lampu isyarat. Bagus!


Semakin Mudah Untuk Maintain!

Jika ditanya bab penyelenggaraan yang memang menjadi kerisauan utama kita oleh kerana sistem enjin hybrid yang berbeza dari kereta normal, namun dengan teknologi baru kereta hybrid kini mempunyai jadual penyelenggaraan yang sama dengan kereta lain yang menggunakan bahan bakar petrol sepenuhnya.

Untuk kaum wanita yang rasa menukar tayar pancit di tengah jalan satu beban, kereta hybrid Honda terutamyanya hadir dengan kit baik pulih tayar yang membolehkan anda mengisi tayar pancit sementara memandu ke kedai tayar — lelaki pun suka ciri ciri sebegini.

Jaminan Lebih Panjang & Baik

Sebagai salah satu komponen penting dalam kereta hybrid, pastinya anda mahu bateri yang digunakan mendapat jaminan yang lebih baik bukan?

Bateri Lithium-Ion Berkuasa Tinggi dalam kereta hybrid Honda kini hadir dengan jaminan 8 tahun tidak mengira sejauh mana jarak pemanduan anda. Yeah, memang power!

Jadi tunggu apa lagi, kunjungi pusat pameran Honda terdekat dengan anda untuk alami sendiri kuasa sebenar kereta hybrid Honda. Maklumat lanjut di laman web rasmi Honda Malaysia.