Saya dah selesai masalah rakyat: Fuziah

Monday, April 2, 2018

Saya dah selesai masalah rakyat: Fuziah

Saya dah selesai masalah rakyat: Fuziah

KUANTAN - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yakin akan terus mendapat tempat di hati pengundi pada PRU14.

Keyakinan tersebut berdasarkan sokongan rakyat menerusi pendekatan terbaik memenangi hati mereka.

“Kekuatan selama ini, saya sedaya upaya cuba menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira perkara dan latar belakang mereka.

“Saya gunakan sentuhan peribadi dari hati ke hati dan bertentang empat mata dalam penyelesaian masalah mereka. Saya bawa hingga ke Parlimen jika perlu...itulah yang mengikat hati pengundi dengan saya.

“Pendekatan kami berbeza...di sebelah sana, mereka (BN) lebih menjurus kepada program besar dalam usaha bertemu rakyat dan berkala,” katanya kepada Sinar Harian selepas Program Aduan Rakyat dan Semakan Undi yang dibawakan Pusat Khidmat Keadilan Komuniti Parlimen Kuantan, di Taman Gelora, di sini, kelmarin.

Katanya, dalam tempoh lima tahun, lebih 6,000 aduan yang diterima pusat khidmat dan diselesaikan Parlimen Kuantan.

Dalam pada itu, kata Fuziah, kerajaan (BN) tidak seharusnya mendakwa pembangunan yang dibawa di Parlimen Kuantan adalah usaha mereka semata-mata.

“BN merupakan kerajaan yang dipilih dan semestinya mereka mengawal segala bajet namun ahli Parlimen juga memainkan peranan penting dalam isu pembangunan.

“Dengan desakan ahli Parlimen yang membawa masalah rakyat sehingga ke peringat atas termasuk Parlimen adalah antara perkara utama... ‘Executive’ perlu dengar, menilai, membuat dasar dan menentukan bajet untuk melaksanakannya hingga keadaan diperbetulkan.

“Jadi kejayaan pembangunan khususnya di Kuantan ini bukan terletak di tangan sebelah pihak sahaja, rakyat Kuantan dah bijak menilai,” katanya.

 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment