Rahsia sos tiga generasi
REMBAU - Bukan gerai sebarang gerai, selama dua jam Sinar Harian di Gerai R&Z Young Tou Foo Kak Long Wati di Taman Chembong Utama di sini, pemiliknya tidak menang tangan menerima tempahan pembeli.
Rata-rata pembeli adalah pelanggan tetap menyatakan keistimewaan yong tau foo di sini adalah sosnya yang cukup sedap, pedas dan manis.
Selain sosnya, pilihan sup untuk dimakan bersama yong tau foo juga sedap dan kesemua makanan sejuk beku yang dipilih pelanggan direbus di dalam sup sebelum dihidang.
Pemiliknya, Zazaiherowati Abu Roslan, mengakui tidak menyangka pilihannya untuk berniaga yong tau foo telah menarik ramai pelanggan setia sejak dari 2008 lagi.
âMulanya saya berniaga di Bazar Ramadan Rembau sahaja. Masa hari pertama dan kedua, jualan saya hanya mencecah belasan ringgit sahaja sehingga saya hampir putus asa kerana terpaksa menanggung kerugian.
Gerai dikunjungi artis
Zazaiherowati, 40, atau lebih dikenali sebagai Kak Long Wati berkata, ibunya, Zaiton Bujang, 56, sebelum ini merupakan peniaga yong tau foo di pasar malam di sekitar Tampin seawal 1980-an.
Menurutnya, sebaik diberhentikan kerja susulan kilang di Seremban ditutup operasi, ibunya memberikan galakkan untuk berniaga yong tau foo.
âIbu beri resipi sos warisan nenek dan saya olah sedikit bagi menambah lagi kesedapannya.
âHasilnya saya berpuas hati bila pelanggan tetap bersama saya dari 2008 sehinggalah ke hari ini.
âMalah, gerai saya juga pernah dikunjungi artis, Rizman Khuzaimi beberapa tahun lalu dan juga wakil rakyat setempat untuk merasai sendiri yong tau foo di sini," ujarnya.
Gerainya di buka pada setiap hari kecuali hari Rabu dari jam 5.30 petang hingga 12.00 tengah malam.
âBagaimanapun, kebiasaannya saya tutup operasi awal kerana lebih 20 jenis makanan sejuk beku seberat lebih 50 kilogram yang ditawarkan di gerai ini sudah habis terjual. Kadang-kadang jam 9.00 malam jualan dah habis.
âPelanggan di sini juga mewakili pelbagai bangsa dan saya sangat peka dengan tidak menawarkan pilihan sejuk beku berasas daging. Yang ada di sini, makanan berasaskan ikan, ketam, udang dan sotong,â katanya.
Tawar khidmat COD
Selain itu, pelanggan juga tidak perlu risau susulan makanan sejuk beku yang diperolehnya adalah terbukti halal.
âPelanggan setia saya ada yang sudah seusia perniagaan yang diusahakan saya ini. Jadi, saya tidak akan sia-siakan kepercayaan mereka termasuklah dari segi kebersihan makanan," katanya.
Kak Long Wati berkata, dia kini berhasrat mengusahakan perniagaan berkenaan di gerai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sedang berusaha membuat permohonan bagi memberi keselesaan kepada pelanggannya yang makin bertambah.
Dia yang dibantu suami, Ramli Mustafa, 44, turut menawarkan khidmat cash on delivery (COD) ke sekitar Rembau, Tampin dan juga Seremban.
âKalau di Seremban atau tempat yang jauh sedikit, kita bekalkan sos dan makanan sejuk beku waktu kedai tutup hari Rabu.
"Tapi untuk di Rembau, Pedas hingga ke Kota, belian yong tau foo terus ke rumah boleh dibuat pada setiap hari.
âCumanya di Kota, kita ada syarat tertentu setiap belian perlulah melebihi RM30. Mana-mana yang berminat boleh menghubungi kami di talian 017-6493368 atau datang terus ke gerai," katanya.
Menurutnya, selain menawarkan yong tau foo di gerai serta COD, pihaknya juga terlibat menyediakan juadah di rumah terbuka wakil rakyat, bazar agensi kerajaan dan juga kenduri.
Sementara itu, seorang pelanggan, Mohd Haizat Agus, 39, mengakui dia sudah menjadi pelanggan R&Z Young Tou Foo Kak Long Wati sejak empat tahun lalu dan apa yang menyebabkan dia terus setia menjadi pelanggan adalah kerana anak-anaknya juga menyukai menu berkenaan.
âMemang kena dengan selera kami anak-beranak. Kalau ikutkan dah tak terkira berapa kali makan yong tau foo di sini.
"Boleh sampai puluhan ringgit beli, kadang-kadang RM5. Kalau teringin terus datang sini makan atau bawa pulang.
âBoleh dikatakan hampir setiap hari anak-anak minta dan saya boleh beli serendah harga RM5. Makanan sejuk beku yang dipilih pun puas hati," katanya.
Seorang lagi pelanggan, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sedia Raja, Amir Uyup berkata, dia menjadi pelanggan yong tau foo berkenaan sejak membeli juadah di bazar Ramadan pada 2008.
âSaya memang peminat yong tau foo tapi dalam keluarga hanya saya seorang sahaja yang makan. Isteri dan anak-anak tak suka sebab pernah termakan yong tau foo basi dan tidak fresh.
âTapi bila mereka dah rasa R&Z Young Tou Foo Kak Long Wati ni, semua jadi suka dan menu ini jadi pilihan setiap kali anak-anak balik ke rumah," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment