Khidmat Peguam Negara dilanjutkan

PUTRAJAYA: Tempoh perkhidmatan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, 68, dilanjutkan tiga tahun lagi sehingga 2021.
Perkara itu disahkan oleh beliau menerusi mesej ringkas melalui aplikasi WhatsApp malam tadi.
"Yes (ya), saya boleh sahkan. Maaf lewat reply (balas) sebab tunggu pengesahan secara bertulis... Alhamdulillah," katanya kepada NSTP.
Mohamed Apandi mula dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada 27 Julai 2015 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang menamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan.
Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti of London dan Barrister-At-Law, Inner Temple London selain mengikuti pengajian di Institute of Advanced Legal Studies, London.
Antara jawatan pernah dipegang beliau adalah sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Timbalan Pendakwa Raya bagi Kelantan dan Terengganu, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia dan Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia.

sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment