PRU14Sidang Dewan Negara Parlimen Ke-13 ditangguh

Thursday, April 5, 2018

PRU14Sidang Dewan Negara Parlimen Ke-13 ditangguh


Sidang tersebut yang dijalankan serentak bersama sidang Dewan Rakyat merupakan sidang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaran dalam ucapan penangguhan berkata, beliau berasa amat syukur kerana dapat membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan meluluskan tujuh rang undang-undang dalam masa yang singkat.

“Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada di ambang PRU-14 yang mana kematangan sistem demokrasi teruji semula di negara kita.

“Pilihan raya membawa makna yang istimewa kepada kita di Parlimen kerana merupakan tonggak utama pemerintahan berdemokrasi,” katanya.



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment