PRU14Jentera penerangan BN di saf hadapan

Monday, April 2, 2018

PRU14Jentera penerangan BN di saf hadapan


Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, jentera berkenaan perlu membuat persediaan rapi kerana tidak mustahil Pakatan Harapan yang diketuai DAP menggunakan strategi sama.

“PRU-13 mengingatkan kita kepada fitnah pada saat-saat akhir oleh seorang pemimpin pembangkang terhadap (calon Parlimen Lembah Pantai) Datuk Seri Raja Nong Chik (Raja Zainal Abidin) yang menyebabkan beliau kalah.

“Jangan lupa itu telah berlaku. Begitu juga tuduhan ribuan warga Bangladesh yang kononnya dibawa untuk mengundi yang nampak seolah-olah betul termasuk juga cerita bekalan elektrik dipadamkan,” katanya selepas Ce-ramah Umum ‘Tolak Pakatan Hipokrasi’ di Taman Kluang Barat, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Samsolbari Jamali; Pengerusi MCA Bahagian Kluang; Gan Ping Sieu; AJK MCA Pusat, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Menurut Annuar, terdapat 60,000 jentera penerangan BN di seluruh negara akan digerakkan bagi memberi maklum balas segera kepada masyarakat berkaitan apa-apa berita palsu yang disebarkan. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment