'Markas' pil kuda dalam hutan
PASIR PUTEH - Lima lelaki ditahan bersama 2,020 pil kemerahan disyaki dadah bernilai lebih RM20,000 dalam serbuan di satu pondok di Kampung Gong Jering, Selising, semalam.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendeb Abd Rozak Muhamad berkata, dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek berusia dari 19 hingga 40 tahun berjaya ditangkap selepas cuba meloloskan diri.
Katanya, 2,000 pil kemerahan dipercayai pil kuda ditemui dalam satu bungkusan kertas, 20 pil lagi ditemui dalam kotak rokok dan polis turut menemui wang berjumlah RM15,900.
"Kita percaya pondok terletak dalam hutan jauh dari rumah penduduk itu dijadikan pusat pengagihan dadah untuk diedarkan ke seluruh daerah ini.
"Suspek merupakan anak tempatan, empat daripadanya positif dadah jenis metaphrtamnie, seorang mempunyai rekod lampau," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, hari ini.
Menurutnya, polis dalam proses memohon reman untuk disiasat di bawah Seksyen 39B, 12 (2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Abd Rozak berkata, dalam tempoh suku pertama tahun ini, sebanyak 283 kes berkaitan dadah dengan tangkapan seramai 300 suspek.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment