Peserta paling ramai jalani ujian naik pangkat

Wednesday, April 25, 2018

Peserta paling ramai jalani ujian naik pangkat

Peserta paling ramai jalani ujian naik pangkat

SETIU - Kelab Taekwondo Teguh Terengganu (KTT) selesai mengadakan ujian kenaikan pangkat tali pinggang buat kali pertama bagi daerah Setiu pada tahun ini.

Ketua Jurulatih KTT, Salihin Siew Hin Abdullah berkata, ujian kali ini melibatkan peserta paling ramai dan sangat menguji tahap kecekapan mereka.

Menurutnya, ujian itu turut melibatkan pelajar dari sekolah rendah dan menengah di daerah Setiu.

“Ujian kali ini ada penambahan yang amat ketara dari segi jumlah pelajar yang terlibat kerana ia melibatkan murid sekolah rendah dan menengah sekali.

“Ujian yang diadakan ini melibatkan peserta tali pinggang putih ke tali pinggang merah dan hitam,” katanya kepada Sinar Harian di Dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Buluh, di sini.

Salihin berkata, ujian tersebut melibatkan peserta tali pinggang putih bagi ahli baharu hingga ke tali pinggang merah bagi yang akan menduduki tali pinggang hitam.

Katanya, ujian berkenaan diketuai pemeriksa dari Taekwando Malaysia, Master Chong Chee Chyn.

“Ia bagi menilai tahap pencapaian peserta sepanjang mereka berlatih.

“Peserta turut didedahkan dengan taklimat dan penyertaan bagi menghadapi Kejohanan Taekwando Sekolah-sekolah Malaysia Kali Keenam yang bakal diadakan esok hingga 29 April ini di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment