Penganggur ditemui mati lemas

Sunday, April 8, 2018

Penganggur ditemui mati lemas


KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur yang dilaporkan hilang di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu sejak tiga hari lalu ditemui lemas malam tadi.

Mayat Wan Mohd Azren Wan Abdullah, 32 tahun, dijumpai terdampar sekitar jam 7.10 malam di Pantai Serating, Marang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata mangsa dikesan kira-kira 30km dari lokasi kejadian oleh orang awam.

Menurut Mohd Suhaimi, hasil pengecaman yang dilakukan ahli keluarga mangsa mengesahkan mayat tersebut.
"Apabila kita pergi ke tempat kejadian, terdapat satu mayat terdampar dalam keadaan terlentang. Ketika itu kita belum dapat kenal identity, tidak ada pengenalan diri pada mangsa. Mangsa juga tidak berpakaian ketika itu," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Noraini Hashim bersyukur mayat anak lelakinya itu berjaya ditemui.

"Sejak Jumaat, saya tidak berhenti buat sembahyang hajat. Sebutir nasi pun saya tak lalu makan, hanya minum air sahaja. Saya berdoa agar mayat anak saya dijumpai.

"Terima kasih bagi mereka yang tolong mencari anak saya," katanya.

Jumaat lalu, mangsa yang berasal dari Panji Alam dikatakan melarikan diri dari hospital sebelum terjun ke laut dalam kejadian kira-kira jam 9 malam.

Mangsa dipercayai melarikan diri ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.





sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment