Penduduk tunggu kehadiran KB1AJ

Saturday, April 28, 2018

Penduduk tunggu kehadiran KB1AJ

Penduduk tunggu kehadiran KB1AJ

KUALA KANGSAR - Barang-barang yang dijual murah di Kedai Bergerak 1Amanjaya (KB1AJ) mendapat sambutan luar biasa penduduk tempatan setiap kali hadir ke kawasan-kawasan yang ditetapkan.

Bagi penduduk dari Kampung Kubang Pekan, Kuala Kangsar, Jamaliah Don, 56, berkata dia merupakan pelanggan tetap KB1AJ di Kampung Menora sejak ia mula dibuka beberapa tahun lepas.

Menurutnya, setiap minggu dia menantikan kehadiran kedai tersebut dan tidak lokek membelanjakan wangnya membeli barangan kerana produk dijual berkualiti namun pada harga lebih murah.

“Memang senang bila ada kedai bergerak ini senang sikit, tak perlu pergi ke pekan beli barang keperluan. Makcik suka beli beras di sini, bukan saja harganya murah namun ia berkualiti dan rasanya juga sedap.

“Barang-barang lain seperti bawang, gula dan tepun pun memang elok. Biasa saya memang beli banyak barang. Deme yang jaga kedai ini pun dah kenal sangat dengan makcik,” katanya disusuli ketawa kecil.

Sama juga kisahnya dengan Mazidah Yang Razali, 70, yang akan membeli banyak barang malah selalunya melebihi RM100 di KB1AJ setiap kali dia singgah ke kedai tersebut.

“Baru-baru ini pun saya beli dua kampit beras. Saya suka berbelanja di sini sebab pilihan juga agak banyak, dengarnya ada 40 jenis barangan keperluan dijual di sini.

“Terima kasih kepada menteri besar kerana mewujudkan KB1AJ seperti ini. Bukan saja murah malah barang berkualiti dan masuk pula ke kawasan-kawasan kampung,” ujarnya.

Bagi Hamidah Ngah Mad Ali, 75, dia tidak selalu datang ke kedai tersebut kerana tiada orang membawanya namun tidak akan melepaskan peluang jika ada yang sudi membawanya.

“Bila menantu saya cuti, kena pula pada hari ada KB1AJ , memang saya akan mina menantu saya bawa ke sini. Harga yang ditawarkan memang agak murah, itu sebab saya suka.

“Penduduk kampung banyak bercerita terntang KB1AJ . Ramai yang kata barang dijual memang murah dan berkualiti. Sebab itu, memang boleh kata setiap minggu ramai datang membeli,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment