Penduduk Palestin maut ditembak

Tuesday, April 3, 2018

Penduduk Palestin maut ditembak

Penduduk Palestin maut ditembak

GENTING GAZA - PALESTIN. Seorang penduduk Palestin ditembak mati tentera Israel ketika insiden pertempuran di timur Bureij di tengah Gaza, hari ini.

Kementerian Kesihatan memaklumkan tembakan itu mengenai dada mangsa yang dikenal pasti sebagai Ahmed Arafa, 25,

Ia adalah kematian pertama dilaporkan pada minggu ini selepas sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam insiden keganasan di sempadan sempena memperingati Hari Tanah pada Jumaat lalu.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman mengeluarkan amaran tegas kepada mana-mana penduduk Palestin yang menghampiri pagar sempadan antara Gaza dan Israel.

Tel Aviv tetap mempertahankan tindakan tenteranya yang melepaskan tembakan peluru hidup terhadap penduduk Palestin yang membaling batu dan bom api walaupun dikecam masyarakat antarabangsa. - AFP



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment