Pencarian diteruskan

Sunday, April 1, 2018

Pencarian diteruskan

Pencarian diteruskan

KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lelaki dipercayai lemas di Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing disambung semula kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Ketua Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Ashrul Rieza Asbar berkata, operasi melibatkan kekuatan anggota bomba seramai 18 orang, empat daripada Bomba Skuba, selain polis (4), Jabatan Amal (12) dan penduduk setempat kira-kira lima orang.

Menurutnya, sebanyak tujuh bot digunakan untuk misi SAR di kawasan 500 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

“Ops SAR dimulakan awal pagi tadi selepas ditangguhkan pada jam 7 malam semalam, namun anggota bomba sukarelawa dan penduduk setempat ada pembuat pencarian di darat malam tetapi mangsa gagal dijumpai.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dua dikhuatiri lemas]

“Pihak kami kini menjalankan kerja-kerja mencari dalam radius 10 hingga 500 meter daripada tempat mula-mula mangsa dilaporkan hilang,” katanya ketika ditemui di Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing, pagi tadi.

Jelasnya, pihaknya juga mencari di beberapa kawasan  seperti di kawasan selekoh  dan rumpun-rumpun pokok di kawasan sekitar kerana dipercayai badan mangsa boleh tersangkut di sekitar aliran sungai itu.

Beliau bagaimanapun berkata, kedalaman air pada hari ini dianggarkan kira-kira tiga meter akan memudahkan pencarian pasukan SAR yang terlibat.

Semalam, dua lelaki dikhuatiri lemas selepas dikatakan mandi di kawasan perkelahan itu.

Mangsa, Muhammad Ikhbal Abu Bakar Chandran, 24, dan Dola Kamarudin, 32, dipercayai dihanyutkan arus sungai yang datang secara mendadak sebelum hilang, dalam kejadian kira-kira 4 petang.

Pihak bomba  menerima panggilan awal kira- kira ‪jam 4.07‬ petang.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment