Pembangkang bakal hancur selepas PRU14

Monday, April 2, 2018

Pembangkang bakal hancur selepas PRU14

Pembangkang bakal hancur selepas PRU14

TEMERLOH - Pakatan pembangkang bakal hancur selepas gabungan itu dilihat tidak mempunyai idealogi untuk rakyat.

Bendahari Umno, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata gabungan itu terbentuk atas dasar untuk mencapai cita-cita peribadi individu tertentu.

Menurutnya antaranya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu membalas dendam terhadap pucuk kepemimpinan negara.

Ujarnya,Tun Mahathir bertindak sedemikian kerana menganggap dirinya mengetahui segala-galanya, marah anaknya tewas dalam pertandingan jawatan Naib Presiden pada pemilihan Umno pada 2013 dan merasakan segala legasinya dihapuskan.

“Kita kena muafakat untuk menyelamatkan Malaysia...mereka parti tiada idealogi, tenggelam dan timbul, aktif bila menjelang pilihan raya tetapi selepas itu tidak aktif.

“BN sebaliknya aktif membantu rakyat,” katanya berucap melancarkan Jentera BN Parlimen Temerloh di Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lian, Mentakab, dekat sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi BN Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Mohd Shamsudin dan pemimpin komponen BN lain.

Jelasnya,BN menawarkan kesejahteraan dan masa depan gemilang menerusi pelbagai perancangan dilakukan kerajaan diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“BN adalah parti yang mahu kedamaian dan kesejahteraan negara, mahu sedia peluang ekonom serta pendidikan...malah kita merancang untuk masa depan sebab itu dirancang program Transformasi Nasional 2050 (TN50),”katanya lagi.

Sementara itu, Salleh berpuas hati dengan persiapan jentera BN Temerloh dan yakin ia mampu merampas kembali Parlimen Temerloh dan mencatatkan kemenangan 4-0 seperti slogan jentera bahagian itu untuk PRU14.

“Semua jentera parti komponen perlu bersatu dan berani menentang apa sahaja cabaran termasuk tomahan serta fitnah pembangkang dilemparkan melalui media sosial.

“Kita kena lawan ketakutan, kalau berjuang kena berani… lawan terus lawan, lawan di media sosial, lawan di ceramah diadakan, barulah kita boleh menang,” katanya.

#prusinar #aparakyatmahu



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment