Pelajar retak tulang leher diserang tiga lelaki

Sunday, April 1, 2018

Pelajar retak tulang leher diserang tiga lelaki

Pelajar retak tulang leher diserang tiga lelaki

CHUKAI: Seorang pelajar bukan hanya cedera di badan dan kepala tetapi turut retak tulang leher selepas diserang tiga lelaki, termasuk dua beradik gara-gara salah faham dalam kejadian di pondok pengawal di kuarters guru di sebuah sekolah di Kemasik, dekat sini pada Jumaat lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 malam ketika mangsa berusia 19 tahun dalam perjalanan balik ke asramanya dengan melalui kuarters guru sebelum dihampiri tiga lelaki dikenali, termasuk seorang daripadanya pengawal keselamatan berusia 20 tahun yang bertugas di sekolah sama.

Ketua Polis Daerah Kemaman. Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, suspek bersama adiknya berusia 17 tahun dan rakannya berusia 19 tahun bertindak menyepak dan memukul kepala mangsa selain turut membaling batu ke arah mangsa.

Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan mangsa cedera di kepala, tengkuk, bahu kanan dan belakang sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman.

"Siasatan mendapati kejadian dipercayai daripada salah faham yang berlaku antara mangsa dan dua suspek berusia 20 dan 19 tahun sebelum ini.

"Suspek pernah dikenakan tindakan bersama rakannya yang juga bekas pengawal keselamatan selepas tidur di asrama perempuan ketika bertugas pada Januari lalu dan menganggap mangsa bertanggungjawab di sebalik insiden itu," katanya.

Mohd Said berkata, susulan laporan dibuat mangsa di Balai Polis Ayer Jerneh pada keesokan harinya, tiga suspek berjaya ditahan di sekitar daerah ini.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment