Pelaburan pejabat di Malaysia
PENGUSAHA dan pemilik portal hartanah terkemuka iProperty.com.my, REA Group, telah melancarkan pejabat korporat moden baharunya di Malaysia.
Perkembangan ini menandakan komitmen dan keyakinan berterusan Kumpulan terhadap industri hartanah di Malaysia juga Asia Tenggara.
Ketua Pegawai Eksekutif REA Group Asia, Henry Ruiz berkata, dengan hab inovasi moden dan berteknologi canggih, pejabat terkini iProperty.com.my ini dapat menampung sehingga 250 kakitangan.
"Sebagai pejabat terbesar Kumpulan global yang beribu pejabat di Melbourne, pejabat baharu ini menyediakan suasana kerja yang ideal bagi mendorong kakitangan berinovasi dan menawarkan kemudahan digital terkini kepada pasaran dan juga pengguna," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran tersebut di Kuala Lumpur.
Jelasnya, pejabat iProperty.com.my adalah pejabat ketiga REA Group di rantau Asia yang menjalani transformasi moden dan dilancarkan selepas Hong Kong dan Indonesia enam bulan lalu.
Pada 2016 Henry Ruiz memberitahu, Kumpulan iProperty telah diambil alih oleh kumpulan portal hartanah global REA Group, kini dikenali REA Group Asia yang beroperasi di 11 negara di dunia.
"Pelaburan syarikat dalam pasaran Asia ini merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan syarikat dalam jangka panjang.
âDengan populasi melebihi 500 juta orang dan lebih sejuta rekod transaksi hartanah setiap tahun, maka tidak hairanlah Asia Tenggara merupakan pasaran hartanah paling berkembang pesat di dunia.
"Langkah pelebaran sayap perniagaan REA Group ke pasaran Asia sekali gus membuka mata kami terhadap kaedah dan kuasa penggunaan peranti digital seperti telefon mudah alih sebagai platform pencarian hartanah impian masing-masing. Malah, REA Group yang berpengalaman luas dengan rangkaian menyeluruh di peringkat global juga membantu menawarkan pengguna dan pelanggan dengan pengalaman serta produk digital terbaik di serata Asia,â katanya.
Tambahnya, segmen perkhidmatan dan produk digital di pasaran Asia Tenggara utama seperti Malaysia hanya merangkumi sekitar dua hingga 12 peratus daripada keseluruhan kos perbelanjaan pengiklanan walaupun keseluruhan kos ini setaraf dengan pasaran Australia.
"Potensinya besar untuk terus berkembang dalam jangka panjang dan pelaburan ini membuktikan komitmen berterusan dan keyakinan kami terhadap pasaran Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif REA Group Asia, Singapura & Malaysia, Haresh Khoobchandani berkata, pengaruh meluas portal iProperty.com.my dalam pasaran dunia bererti syarikat dapat menawarkan peluang menarik kepada pelanggan yang mengimpikan hartanah terbaik dengan harga berbaloi menerusi capaian audiens dari serata dunia.
âKami juga giat bekerjasama dengan rangkaian perniagaan bagi memperkenalkan produk-produk inovatif dan baharu yang dapat mengubah cara pelanggan Malaysia dalam mencari dan melalui pengalaman dalam pencarian hartanah.
âSebagai sebahagian daripada REA Group Asia, iProperty.com.my akan terus komited dan menjadi platform utama bagi pengguna Malaysia dalam proses pencarian rumah impian masing-masing,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment