Parlimen bubar esok

Thursday, April 5, 2018

Parlimen bubar esok

Parlimen bubar esok

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Parlimen dibubarkan esok selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri membuat pengumuman itu secara langsung menerusi siaran televisyen sebentar tadi, selepas mengadap Sultan Muhammad ke-V di Istana Negara pagi tadi.

Susulan itu, Perdana Menteri menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sarawak, menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Langkah itu bagi memberi laluan supaya pilihan raya negeri (PRN) dan PRU dapat diadakan serentak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sarawak terkecuali daripada mengadakan PRN kerana baru sahaja diadakan pada 7 Mei pada 2017.

PRU-14 adalah yang kedua di bawah kepemimpinan Najib, yang akan memimpin jentera Barisan Nasional (BN) selepas mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Susulan pembubaran Parlimen pada hari ini, SPR perlu menetapkan tarikh pilihan raya diadakan.

Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.

Ketika pembubaran Parlimen esok, Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment