Negara kukuh di bawah BN

Saturday, April 7, 2018

Negara kukuh di bawah BN

Negara kukuh di bawah BN

KUALA LUMPUR: Janji untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang terkandung dalam Manifesto Barisan Nasional (BN), bakal mengembalikan hak rakyat yang dinafikan selama ini.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata janji yang dilontarkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, membuktikan pentadbiran negara di bawah BN lebih kukuh dan telus.

"Kita amat berterima kasih kepada beliau kerana sudah lama kami menantikan atas khabar gembira ini.

"Hak penyeliaan elektrik dan gas yang dikembalikan kepada kita juga amat dihargai," katanya ketika dihubungi ,di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, berkata keputusan Najib amat dihormati oleh rakyat.

"Pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, isu ini tidak pernah timbul.

"Pengembalian hak terbabit akan dilakukan secara berperingkat. Ini memang hak rakyat yang dikembalikan kepada rakyat," katanya ketika ditemui di pekarangan Arena Axiata, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian, menyifatkan janji berkenaan bukan sahaja terbaik, malah inklusif.

"Beliau (Najib) mendengar suara dan hormati permintaan rakyat dan ini membezakan pemerintahan parti yang dulu dan sekarang.

"Kita punya aspirasi dalam membangunkan negara, sekali gus memastikan hak semua rakyat dapat dinikmati sama rata," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment