Lelaki ditemui mati ditembak
GERIK - Mayat seorang lelaki dengan tiga kesan tembakan ditemui di kawasan Ladang Sungai Rui, Ban Pasir, Jalan Gerik-Kupang, di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, mayat berusia lingkungan 38 tahun itu ditemui kira-kira jam 4 petang oleh orang awam.
âHasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan tembakan di kepala, dada dan perut bersama tiga butir kelongsong peluru berhampirannya.
âKetika dijumpai, mayat itu masih lengkap berpakaian. Terdapat sebuah motosikal berkuasa tinggi Kawasaki berhampiran mayat tersebut,â katanya.
Menurutnya, Jabatan Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.
âMayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) esok untuk bedah siasat.
âSiasatan dijalankan dalam semua aspek bagi mengetahui punca kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment