Naik taraf lebuh raya di Johor

Tuesday, April 3, 2018

Naik taraf lebuh raya di Johor

Naik taraf lebuh raya di Johor

SEGAMAT: Menaik taraf Lebuhraya Utara Selatan daripada empat lorong kepada enam lorong, adalah antara Manifesto Barisan Nasional (BN) Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan janji berkenaan demi kemudahan dan keselesaan rakyat terutama penduduk Johor.

Katanya, beliau dimaklumkan laluan di lebuh raya berkenaan terutama di Ayer Hitam hingga Johor Bahru mengalami kepadatan terutama pada hujung minggu.

"Lebuhraya (Utara Selatan) Ayer Hitam ke Johor Bahru padat terutama pada hari minggu. Jadi, saya izinkan masuk dalam Manifesto BN Johor, tetapi saya nak (BN) menang besar... tak nak menang 'sipi-sipi'.

"Masuk dalam manifesto tawaran kita (naik taraf lebuh raya) untuk rakyat Malaysia, Bangsa Johor," katanya ketika berucap pada majlis muafakat pemimpin bersama rakyat dan pecah tanah Projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Bukit Mambai, Labis di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli Parlimen Labis yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong dan barisan EXCO kerajaan Johor.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata beliau yakin Johor akan terus dikuasai BN kerana rakyat yakin terhadap kerajaan dan tidak terpedaya dengan Pakatan Harapan yang hanya tahu 'menjual' harapan.

"Kalau kita tidak menipu rakyat, kenapa kita hendak takut pada undang-undang (Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018) termasuklah pemimpin yang sudah memimpin 22 tahun. Dia pun cakap mengarut.

"Mereka jual madu... tetapi madu beracun. Kena hati-hati. Hendak politik, politiklah tetapi janganlah menipu rakyat," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment